Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub | Review - Lovely Sunshine Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub | Review

Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub | Review


Assalamualaikum,

Softening Facial & Body Jelly Scrub
Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub


Hari ini mya nak review salah satu produk Nurraysa yang mya dah cuba. Nama produk ini ialah Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub . Dah nama pun scrub, kandungan utama scrub ini semestinya garam bukit. Terdapat kandungan lain seperti Gelatin Halagel, Niacinamide, Vitamin C & E, Serbuk Mutiara dan Susu.

Softening Facial & Body Jelly Scrub
Scrub sebelum kita gaul rata.

Cara penggunaanya tertera di belakang produk tetapi mya explainkan juga caranya. Caranya amat mudah. Mula-mula gaulkan scrub itu agar sebati. Bila dah sebati, basahkan sedikit di tempat yang kita nak scrub, sapu dan ratakan di muka atau badan kecuali bahagian mata. Selepas 10-15 minit, bilas dengan menggunakan air bersih. Boleh digunakan di badan pada setiap hari semasa mandi manakala di bahagian muka pula cuma 3 kali seminggu.

Masa mula-mula mya buka produk ini, adunan dia dah bercampur aduk. Biasalah barang yang dihantar pos, dah banyak sangat goyang kat atas motor. Mya cuma gaulkan scrub sehingga sebati. Mya pakai dekat muka dulu sebelum tidur. Mula-mula mya basahkan muka dengan air bersih. Selepas itu, ambil sedikit scrub dan ratakan di muka. Gosok dalam 10-15 minit macam tu. Elakkan terkena bahagian mata. Bau scrub ini memang wangi macam bau chewing gum. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Bila dah bilas dan keringkan dengan tuala bersih, mya rasa kulit mya lembut, licin dan wangi. Mya dah cuba scrub ini dekat badan. Memang kulit mya menjadi lembut dan wangi.

Apa kelebihan Nurraysa Softening Facial & Body Jelly Scrub ini ya? Scrub ini membantu kulit kita lebih sihat dan anjal. Ia juga melembapkan kulit dan melindungi kulit kita. Kepada sesiapa yang mengalami masalah kulit atau jerawat, bolehlah menggunakan scrub ini kerana ia mencegah jerawat dari tumbuh di badan atau muka.

Mya dah cuba. Anda bila lagi?
Nak ketahui lebih lanjut, bolehlah Whatsapp di 0192496259.

#NurraysaBeauty
#NurraysaHQ
#TeamNKR

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya sekali sekala manjakan kulit wajah dengan skrub.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi spa tak mampu, pakai skrub dan bayangkan berada di spa pun dah berbaloi..

      Delete
  2. comelnya..kolor pink lagi tu.haha apapun dah follow blog awakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua produk Nurraysa ada kaler pink sikit kat badan..
      terima kasih :)

      Delete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.