Homemade Egg Tart - Lovely Sunshine Homemade Egg Tart

Homemade Egg Tart

HOMEMADE EGG TART | Hari ini Mya nak throwback tart telur buatan tangan sendiri di rumah. Masa ini Mya masih menganggur dan banyak menghabiskan masa dengan oven kesayangan. Tempoh masa untuk mebuat tart telur ini agak lama mungkin disebabkan kulit tart itu sendiri. Made from scratch.

Mya memberi sample tart telur mak, ayah dan adik-beradik sebagai tester. Mya juga sempat membawa sedikit tart telur sebagai buah tangan di kampung.

homemade egg tart

HOMEMADE EGG TART

BAHAN-BAHAN

INTI KASTARD TELUR

2 biji telur saiz sederhana
90ml air panas
2 1/2 sudu besar gula kastor
1/8 sudu teh garam
2 sudu besar susu cair
sedikit esen vanilla

CRUST TART

160g tepung
50g mentega suhu bilik
1/4 cawan gula aising
2 sudu besar telur
1/8 sudu teh garam
sedikit esen vanilla
mentega cair untuk acuan

CARA-CARA
  1. Larutkan gula dan garam di dalam air panas. Kacau sehingga larut dan sejukkan.
  2. Kacau telur hingga sebati dan asingkan 2 sudu besar telur untuk bahagian doh. 
  3. Masukkan air gula, susu cair, esen vanilla ke dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati.
  4. Tapiskan adunan untuk membuang buih. Lakukan sebanyak 2 kali. Kemudian, sejukkan ke dalam peti ais.
  5. Tapiskan tepung, gula, dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega. Gaul semua bahan.
  6. Masukkan telur dan esen vanilla. Uli sehingga sebati. Jika doh melekat, masukkan sedikit tepung. Tutup dengan plastik. Biarkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
  7. Keluarkan doh. Bahagikan doh kepada 6 bahagian.
  8. Tekan ke dalam acuan menggunakan jari. Pastikan kerak di bahagian bawah tidak terlalu tebal.
  9. Panaskan oven pada suhu 200 Celsius.
  10. Penuhkan inti sebanyak 80%. Bakar selama 15-20 minit sehingga nampak kuning keemasan.
  11. 5 minit terakhir, rendahkan suhu sebanyak 10 Celsius untuk elakkan inti telur naik terlalu tinggi.
  12. Sejukkan beberapa minit sebelum keluarkan dari acuan. Hidang semasa panas.

ACUAN TART
Acuan Tart

Semasa di kampung, Mya memberi saudara mara untuk merasa tart telur ini. Mereka memuji bahawa tart telur itu sangat sedap. Sehingga ada di antara pakcik yang berkata Mya sudah boleh kahwin ini. Mya hanya senyap tidak berkata apa-apa.

Oven di rumah sudah lama tidak berusik. Apabila melihat resipi ini kembali, terdetik di hati nak buat kembali. Kena cari bahan dulu ni.

Apa-apapun selamat mencuba Homemade Egg Tart. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sy paling sukalah makan tart telur. Tp slalu x jadi buat.. Mau cuba juga resepi nie,,

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberi.
Mya akan blogwalking ke blog anda semula.